Papar
Web Development

Favicon oh Favicon

Favicon atau nama penuhnya Favorite Icon atau kalau ikut DBP ikon kegemaran (bukan dato siti) merupakan satu fail imej yang mewakili sesuatu website, digunakan shortcut icon, tab icon atau bookmark icon. Contoh Favicon Terdapat banyak cara untuk mencipta ikon kegemaran favicon.  Perlu diketahui favicon ini akan digunakan di banyak tempat, di banyak peranti (device) terutama peranti mudah alih. Dan setiap peranti ada aturan tersendiri. Cara paling mudah, ringkas, tepat dan padat, saya guna realfavicongenerator.net Paparan laman realfavicongenerator.net Mula-mula sediakan gambar (yang nak dijadikan favicon) dengan saiz 70px x 70px berformat jpg atau png. Untuk hasil yang lebih menakjubkan, gunakan saiz 260px x 260px ke atas. Lagi besar lagi bagus tapi jangan la besar sangat. Takut semput masa muat naik nanti. Kecuali la kalau Internet korang kelajuan mcm ferrari. Buka website realfavicongenerator.net , klik Select your Favicon...

Papar
Domain & Hosting

Apa yang anda dapat apabila melanggan web hosting ?

Secara amnya, terdapat 2 jenis web hosting. Hosting yang menggunakan server linux dan server windows. Di sini saya akan fokus server yang menggunakan linux. Tak pernah guna linux ? Hahaha.. jangan risau. Kita tak perlu mengadap pun linux tu Web hosting berasaskan server linux pula menggunakan pelbagai jenis control panel. Di sini saya akan fokus web hosting yang menggunakan cPanel Sebaik sahaja kita melanggan web hosting, pihak penyedia akan emailkan segala butiran yang berkaitan dengan akaun kita. Kebiasaannya emailnya panjang berjela dan agak teknikal. Cetak dan simpan di tempat yang paling selamat. Ada banyak butiran penting dalam email tersebut. Apa yang paling penting untuk kita sebagai pelanggan ketahui adalah username dan password untuk cPanel. Screenshot muka depan cPanel Kalau penjual tempat kita beli hosting tu tak bagi, mintak dengan mereka sampai mereka bagi. Kalau tak bagi jugak, mintak refund dan cari penjual lain. Selain...

Papar
Web Development

Memasang Wordpress

Selain , kita juga boleh menggunakan Wordpress untuk membina blog. Tapi sebelum itu, korang mestilah sudah ada siap-siap domain dan hosting. Terdapat 2 cara untuk memasang Wordpress.. secara manual dengan cara muat turun skrip Wordpress dan muat naik ke server web kita.. atau menggunakan Softaculous. Di sini saya akan terangkan cara paling mudah iaitu menggunakan Softaculous. Mula-mula sekali, login cPanel hosting korang. Cari Softaculous Apps Installer.  Dah jumpa ? OK.. klik Lalu terpaparlah page Softaculous. Cuba korang lihat bahagian kiri. Ada 24 jenis website yang boleh korang create. Setiap satu jenis tu ada berpuluh jenis skrip Klik Blogs dan kemudian klik Wordpress. Klik Install Now. Isi form tersebut Choose Protocol - Pilih ikut kesesuaian blog korang. Kalau tak tahu nak pilih mana, pilih je http://www Choose Domain - Pilih domain yang nak pakai wordpress. Kalau nak pakai sub domain, pilih...

Papar
Domain & Hosting

Apa itu domain dan hosting ?

Ramai orang terkeliru dan sering tertukar antara domain dan hosting. Di sini saya akan terangkan apa itu domain dan hosting dan perbezaannya. Apa itu domain ? Jika sesebuah laman web diandaikan seperti sebuah perniagaan, domain umpama nama perniagaan. Jika nama perniagaan perlu didaftar di SSM, domain pula perlu didaftar melalui pendaftar domain (domain registrar). Sama seperti nama perniagaan, nama domain tidak boleh sama dengan orang lain. Contoh domain adalah faezil.com.my, google.com, facebook.com dll .com, .net, .gov dipanggil top level domain(tld). Apa itu hosting ? Hosting adalah tempat di mana semua data semua fail yang berkaitan dengan website korang tersimpan. Ibaratnya seperti gudang, premis atau kedai sesebuah perniagaan. Pemilihan hosting amat penting bergantung kepada penggunaan website korang. Sama seperti kedai...ada hosting yang bersaiz besar, boleh muat sehingga 100GB fail... dan ada yang sekecil 600MB sahaja.  Korang boleh...