Papar
Web Development

Menulis dan mengemaskini blog menggunakan MS Word

Menulis blog menggunakan perisian MS Word mungkin kedengan biasa2 je....dah memang fungsi MS word untuk penulisan kan ? Tapi tahukah korang, korang boleh tulis blog di MS Word dan terus upload ke blog korang dengan hanya satu klik sahaja  Nak edit posting hantaran lama-lama pun boleh. Caranya mudah je. 1. Mula-mula buka perisian MS Word. Klik New seperti biasa. 2. Kalau sebelum ni, kita selalu pilih Blank document kan ? Tapi kali ini kita pilih Blog post. Tak jumpa ? Ada tu.. cuba cari betul2. 3. Untuk kali pertama MS Word akan tanya, nak register blog sekarang atau nanti ? Jangan pulak korang cakap... aku dah ada blog.. takyah register. Maksudnya di sini adalah register blog korang dalam MS Word. So... klik Register Now. 4. Pilih blog korang jenis apa. Buat masa ini hanya beberapa penyedia sahaja. Bagi pengguna Wordpress ada pilihan Wordpress di situ. Untuk blogger/blogspot saya tak pasti. Saya...

Papar
My Diary

Selepas cuti Merdeka + Raya Haji + Sukan SEA

Esok, selasa 5 April 2017 mula bekerja setelah bercuti panjang (takde la panjang sangat 5 hari je ) bermula hari khamis minggu lepas, 31 Ogos (cuti Hari Kebangsaan) bersambung cuti hujung minggu dan ahad, 3 September (cuti ganti Raya Haji yang jatuh pada hari Jumaat), manakala Isnin, 4 September cuti peristiwa sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea baru-baru ni. Beberapa tugas sudah sedia menunggu. Antaranya menyiapkan beberapa laman web syarikat PIJ Holdings, PIJ Plantation, PPA Bio dan Johor Plant Tech. Seperti biasa saya akan menggunakan framework CakePHP dan Bootstrap. Fungsi CakePHP untuk memudahkan saya menulis kod aturcara PHP manakala Bootstrap untuk menghasilkan paparan yang responsive. Untuk design pula, saya gunakan template kegemaran saya iaitu Unify  Boss saya pernah bertanya, apesal tak pakai wordpress atau joomla je ? Bukan tak nak pakai, tapi saya akan hadapi beberapa masalah. Pertama, nak cari design yang sesuai. Bukan...

Papar
My Diary

Mari Berkaraoke

Kadang kala, berkaraoke juga boleh melepaskan tekanan. Selain berkaraoke di pusat karaoke, boleh jugak berkaraoke di rumah. Lebih jimat kerana kos yang dikeluarkan hanya sekali. Hanya beli sebuah mikrofon. Cara nak menggunakannya pun cukup mudah. Hanya sambungkan mikrofon ini kepada smartphone atau komputer (laptop pun boleh) dengan menggunakan gigi biru a.k.a bluetooth. Nak pakai sambungan wayar pun boleh. Pasang lagu di smartphone atau komputer. Saya suka menggunakan youtube. Ada banyak video lagu karaoke di youtube. Nak guna apps lain seperti smule, spotify pun boleh. Bunyi akan keluar di mikrofon itu juga di kotak putih yang melekat di mikrofon tersebut Mikrofon ini menggunakan built-in bateri yang boleh dicas semula dengan menggunakan USB Di bawah ini salah satu lagu kegemaran saya untuk berkaraoke.    

Papar
Marketings

Saya seorang peniaga online. Perlu ke laman web ?

Perlu ke laman web ? Saya guna Facebook dan Instagram pun dah dapat jualan mencanak-canak. Betul. Sekarang ini dengan kuasa media sosial memang mudah untuk memasarkan sesuatu produk. Tetapi jangan ditinggalkan kuasa laman web kerana ada beberapa kelebihan. Masukkan segala informasi produk dalam laman web. Ia boleh jadi wakil jurucakap online yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu Tanpa laman web, prospek akan bertanya untuk dapatkan info. Kalau ada 10 orang yang bertanya, 10 kali lah kita kena salin tampal jawapan yang sama. Kalau 100 orang ? Kalau seorang tanya 10 soalan, beribu kali lah kita salin tampal benda yang sama. Andai mereka tidak bertanya pun, setiap kali kita membuat pemasaran, terpaksa salin tampal cerita A hingga Z tentang produk kita. Jika kita ada laman web, hanya perlu promosikan url laman web anda sahaja dan mungkin disusuli dengan beberapa ayat memikat. Tapi memang perangai masyarakat kita pemalas nak klik. Tetap akan bertanya walaupun...