Papar
Marketings

Inginkan website e-commerce yang lengkap dengan harga yang berpatutan ?

Inginkan web e-commerce yang lengkap dengan segala fungsi dengan harga yang berpatutan ? Domain .com Boleh masuk 20,000 produk Modul GST. Tak payah pening kepala kira GST Lebih 30 design tersedia. Tak payah pening kepala nak mendesign Drag & Drop Layout Manager. Tak perlu tahu codding untuk mendesign  Review & Rating. Pembeli boleh memberi maklum balas dan rating kepada produk yang mereka beli. Ini boleh menambahkan keyakinan prospek baru Reward Point. Fungsi mata ganjaran untuk pembeli setia. Sistem Affiliate. Dengan adanya sistem affiliate, anda boleh melantik ejen untuk mempromosikan produk anda   Amacam, menarik tak ? Apa, tak cukup ?    Integrasikan dengan Lazada,11Street dan lelong. Kat situ ada ramai prospek Integrasi dengan web2ship.com. Tak payah susah pening kepala nak fikir macam mana nak hantar barang kepada pelanggan. Biar web2ship yang buat kerja Integrasi dengan Colectco. Takut kalau masa barang...

Papar
My Opinion

Jangan jadi batu api

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan dan perselisihan dalaman keluarga yang melibatkan beberapa selebriti ternama. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perselisihan mereka, tetapi apa yang saya dapat lihat, terdapat campurtangan pihak-pihak lain yang seakan menambah bara ke dalam perselisihan mereka. Mungkin niat mereka baik untuk mempertahankan adik mereka yang terlibat dalam perselisihan tersebut, tetapi dengan cara menghentam pihak satu lagi bukan idea yang menarik. Sebab bila mereka dah berbaik semula, tak pasal-pasal mereka yang menghentam tadi termalu sendiri dan kena minta maaf. Cuba kita duduk diam-diam, biarkan mereka selesaikan sendiri masalah mereka. Atau kalau nak jadi superhero pun, jadilah orang tengah yang tidak menyebelahi mana-mana. Jadilah pendamai. Tapi kalau pihak yang lagi satu tu memang bersalah, serahkan  sahaja kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk memberi hukuman.

Papar
Investment

Pelaburan emas

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya memiliki emas. Walaupun sekadar 1 gram sahaja, ia adalah satu permulaan yang menarik. Apabila memperkatakan pelaburan emas, ramai yang membandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain seperti ASB dan unit trust. Mungkin ada pakar-pakar pelaburan emas yang bersetuju untuk membandingkan dengan ASB dan unit trust. Tetapi saya kurang bersetuju. Ini adalah kerana emas berada di kelas berbeza dengan ASB dan unit trust. Sepertimana yang kita ketahui, dalam pelaburan ASB, unit trust dan seumpamanya, duit yang kita laburkan akan diniagakan. Atau bahasa mudahnya, ia dilaburkan di tempat perniagaan. Dan hasil keuntungannya dikembalikan kepada pelabur dalam bentuk dividen. Manakala pelaburan emas, apa yang kita laburkan tidak diniagakan. Pelaburan emas lebih kepada penyimpanan. Kita beli 1 gram emas dan kita simpan. 10 tahun kita simpan, 1 gram emas tetaplah 1 gram takkan mungkin tiba-tiba beranak jadi 1 kilogram emas. Jumlah emas yang kita...

Papar
My Diary

Mari Bersenam

Alhamdulillah alat senaman yang dipesan di 11street.my selamat diterima. Hanya ambil masa 2 hari sahaja selepas pesanan dibuat secara atas talian. Apa yang menarik tentang alat ini adalah, dengan harga RM140++, terdapat lebih 20 cara untuk bersenam. Tuuu diaaaaa.... 20 tu beb.. macam larat je buat semua. Entah-entah baru buat sit-up dah tumbang  Digabungkan dengan muzik latar menggunakan Spotify Premium dan Logitech speaker harapnya menghasilkan sesi workout yang sempurna. Terdapat workout playlist dalam Spotify. Dalam banyak-banyak playlist, yang paling menepati jiwa adalah Pumping Iron