Papar
My Diary

Percutian di Jogjakarta

Alhamdulillah setelah setahun merancang, akhirnya percutian ke Jogjakarta berjaya direalisasikan pada 22 Mac 2017 hingga 25 Mac 2017 Bertolak dari lapangan terbang Senai, dengan menaiki MAS ke KLIA dan kemudian Airasia ke Jogjakarta. Tiket penerbangan telah ditempah secara dalam talian setahun awal. Saya telah memohon cuti seawal Ahad, 19 Mac hingga 27 Mac. Sengaja mohon cuti awal untuk melengkapkan segala persiapan termasuk lah persiapan mental dan fizikal. Maklum lah ini adalah kali pertama ke luar negara selain umrah dan singapura (singapura tak kira sangat sebab dekat). Penerbangan ke KLIA bertolak pada 8.35 pagi dan sampai pada pukul 9.25 pagi. Sampai di KLIA, kami singgah makan di restoren Texas Chicken  

Papar
Dropshipper/Reseller

Nak jadi usahawan minyak wangi

Hari tu semasa melayari Facebook, ada seorang hamba Allah mempromosi minyak wanginya. Apa yang menariknya, beliau juga menawarkan peluang menjadi usahawan minyak wangi jenama sendiri. Saya pun like dulu Page beliau untuk dibaca kemudian hari. Hari ini, bila ada sedikit masa lapang, kembali ke page tersebut. Malangnya, post pasal minyak wangi jenama sendiri tu macam dah takde. Terus pergi google, search oem minyak wangi. Maka terjumpa lah satu laman sesawang yang agak menarik kandungannya.

Papar
My Diary

Perkahwinan Filzah Atikah & Zairus Zainal

Alhamdulillah 27hb Januari 2017, salah seorang adik kami, Filzah Atikah a.k.a fikah atau eah (atau ikk ah) kini selamat bergelar isteri kepada Zairus Zainal (yang ini tak tahu a.k.a apa... zairus je la kot). Majlis akad nikah berlangsung sebelum solat jumaat. Dihadiri saudara mara terdekat dari kedua-dua belah pihak. Antara saudara-mara yang hadir di majlis pernikahan.