Papar
Facebook & Social Media

Mengimbas kenangan di Facebook

Bila lawat profil rakan, ada tertulis tarikh menyertai Facebook. Tengok profil sendiri takde pulak. Dulu ada, kat bahagian dasar garis masa. Bila google macam mana nak cari tarikh sendiri sertai Facebook, penyelesaian yang diberikan adalah muat turun data Facebook Ok lah.. jika itu caranya. Data Facebook akan dihantar ke email yang didaftarkan. Dipendekkan cerita.. inilah data Facebook saya yang telah dimuat turun. Fail yang diberikan semestinya berformat zip dan kita perlu unzipkan fail tersebut Selepas unzip, buka fail index.htm dan hasilnya...... tada..... Akhirnya tau juga bila saya daftar Facebook. Bukan setakat tarikh, siap tau waktu lagi... pukul 1.58 pagi . Ada jugak senarai nama-nama profil yang pernah kita gunakan.. saya sememangnya sejak asal memang memakai nama sebenar. Ini adalah kerana tujuan utama saya berFacebook adalah untuk mengumpul kembali rakan-rakan lama terutama rakan-rakan sekolah. Kalau pakai nama gelaran nanti takde sape...

Papar
My Diary

Tahniah Farhi Amalina Jamian

Tahniah kepada Farhi Amalina Jamian di atas pertunangan pada 24 Disember 2016. Pejam celik pejam celik... tak sangka adik saya yang paling bongsu, paling kecik (dulu la), dulu tinggal sorang2 depan pintu tengok semua orang pergi sekolah tapi kini dah dewasa dah besar dan menjadi tunangan orang. Majlis pertunangan berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran saudara mara belah mak dan ayah. Pernah bertemu di waktu majlis pertunangan Filzah Atikah, kini sepupu-sepupu kedua-dua belah bertemu sekali lagi.

Papar
Web Development

Galeri gambar dan sitemap

Alhamdulillah berjaya jua siapkan ruangan galeri gambar dan sitemap . Secara teknikalnya, ruangan galeri tidak lah sesukar mana sebab tak melibatkan sistem yang kompleks. Hanya guna gambar sedia ada dalam server dan papar mengikut kategori album. Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak pakai instagram je ? Pertama... saya suka kebebasan. Saya tidak perlu terikat dengan reka letak dan antaramuka sedia ada Instagram. Kedua.. ya.. memang terdapat API yang menghubungkan sistem kita dengan instagram. Tapi rasanya lebih mudah jika menggunakan gambar-gambar sedia ada dalam website ini. Hanya pakai gambar yang telah digunakan dalam blog post. Tapi tak tahu la kan.. kot akan datang terbukak hati nak implimen instagram dalam web ni. Salah satu contoh screenshot galeri di bawah : Siap ada ruangan komen album Sitemap pulak diperlukan untuk Google mengenali website kita dengan lebih jelas. Seperti namanya, ia berfungsi seperti peta untuk Google bergerak...