Papar
My Diary

Tahniah Hizafiq

Tahniah Hizafiq yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 3 Disember 2016. Majlis lelaki pada 10 Disember 2016. Dalam senyap-senyap je member tiba-tiba hulur kad jemputan Antara rakan PIJ Holdings yang hadir. Dari kiri : Suami Fatimah (KUJ), anak Fatimah(KUJ), aku, Mizi, Zafiq, Rasyidein (PMSB), Kak Intan (IBSB), Azizi (IBSB), isteri Zafiq, Fatin, Suhaili (KUJ), anak Suhaili(KUJ), Syaza, Fatimah (KUJ) 

Papar
Product Review

Memasang Ubuntu

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memasang Ubuntu di komputer riba peribadi. Dah lama tak menggunakan Ubuntu. Kali terakhir tahun 2007. Walaupun ruang cakera keras yang tak seberapa, namun digigihkan jua untuk buat partition baru khas untuk Ubuntu. Kenapa Ubuntu ? Pertama sebab bosan dengan Windows . Saya telah menggunakan Windows sejak versi 3.0 pada 1990. Komputer pertama yang dibeli oleh ayah saya jenama ICL. Sejak daripada itu, tanpa henti saya menggunakan Windows apabila menyusul Windows versi 95, 98, XP, ME (pakai kejap je), Win 7 (pakai masa guna laptop Acer), Win 8 (pakai masa di PIJ Holdings) dan tak lama lepas tu upgrade ke Win 10. Pernah guna Ubuntu buat kali pertama versi 7.04 pada tahun 2007.   

Papar
My Diary

Pasar Malam

Dah lama tak pergi pasar malam. Kali terakhir pergi mungkin 4-5 tahun dulu kot. Masa tu saya bekerja di Permas Jaya. Pasar malam di BBU pada hari Jumaat dan biasanya saya pergi pasar malam selepas balik kerja. Oleh kerana saya kerap balik lewat (balik awalpun nak kena tempuh kesesakan jalanraya) dan kini Johor dah cuti hari jumaat, memang dah jaranglah pergi pasar malam. Aik ? Bagus lah cuti. Lagi senang pergi kan ? Bukan apa... kalau hari tak kerja ni memang jarang keluar rumah. Baik tak saya  Apa yang menariknya pasar malam ini ? Pertama, barang-barang yang dijual dengan harga yang murah. Walaupun ramai yang menganggap barang pasar malam ni rendah kualiti, tapi saya biasanya hanya memborong makanan je (kalau dah kiri kanan penuh bungkusan namanya borong lah kan ? ). Kualiti makanan di pasar malam sama atau lebih kurang je dengan makanan mahal yang dijual di restoren hebat. Mahal pun sebab sewa mahal dan tempat eksklusif. Sedangkan kualiti makanan sama je....