Tetikus Tanpa Wayar Logitech G403 Prodigy

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 07 Oktober 2017



Tetikus yang saya pakai sekarang sudah menunjuk tanda2 yang tidak diingini. Ada masanya, klik kanan akan menghasilkan dwiklik dan kadangkala mengambilalih fungsi klik kanan. Rasa2nya macam belum lama pakai tetikus ni. Ada la setahun lebih. Tapi mungkin sudah sampai had kliknya. Maklum la saya rasa saya lebih banyak klik tetikus berbanding menekan papan kekunci.

Ciri-ciri tetikus yang saya inginkan :

  • Jenis tetikus permainan (hahaha... gamming mouse la). Walaupun tujuan utama bukan untuk bermain game, tetapi saya memilih tetikus permainan kerana mereka lebih lasak daripada tetikus biasa.
  • Tanpa wayar. Barulah seronok buat kerja tanpa wayar yang berselirat.. kan ?
  • Boleh dicas semula macam telefon bimbit. Leceh kalau pakai bateri. Nak kena simpan stok.
  • Dah... tu je kot

Seperti biasa, saya menggunakan laman kegemaran saya, techhypermart.com untuk mencari produk yang diingini. Saya suka laman techhypermart.com kerana ada fungsi penapis ciri-ciri yang kita inginkan.

Sesuai dengan ciri-ciri yang saya inginkan... saya memilih tetikus permainan tanpa wayar Logitech G403 Prodigy.

Saya tidak membeli di techhypermart.com, sebaliknya memilik untuk membeli di kedai... atau spesifiknya Danga City Mall

 

Tetikus permainan tanpa wayar Logitech G403 Prodigy mempunyai ciri-ciri berikut:-

  • Resolusi mencecah 12,000 DPI. Semakin tinggi DPI, semakin jauh penanda tetikus bergerak di paparan komputer dengan hanya gerakan tetikus yang sedikit. Senang cerita, 12000DPI bermaksud hanya gerak tetikus 1 inci je dah menyebabkan penanda tetikus bergerak sejauh 12,000px.
  • Jangka hayat klik 20 juta klik. Saya tidak pastilah saya klik berapa banyak sehari, tetapi dengan kiraan 20 juta klik tu, dalam masa 2 tahun bermakna saya kena klik 27 ribu sehari. Rasanya insyaallah boleh bertahan lebih 2 tahun.
  • ada 6 butang. Paling penting butang klik kiri, kanan dan skroller.... tu je.. yang lain2 tu boleh la buat kekunci pantas. Contohnya untuk salin dan tampal.
  • Ingatan dalam papan (oit apa ni ? Onboard Memory laugh). Aturan untuk tetikus ini boleh disimpan sama ada dalam PC atau dalam tetikus itu sendiri. Jika disimpan di dalam tetikus, aturan yang sama boleh digunakan bila bertukar komputer
Boleh pilih sama ada aturan disimpan dalam tetikus atau di komputer
  • Boleh dicas semula. Saya tak pasti cas berapa lama (takde sape bagitau dan saya pun tak sempat nak sukat). Tapi apabila cas penuh, tetikus boleh digunakan selama 22 jam. Aikk ?? 22 jam je ?? Ala... ko bukannya 24 jam pegang tetikus. Masa tidur ke, masa makan ke... cucuk la USB.
  • Boleh pilih warna. Siap ada efek tukar-tukar warna atau berkelip2 macam nadi. Sejujurnya saya tak nampak apa kepentingan ciri2 tukar warna ni. Mungkin untuk kaki gammers perlu kot
Fungsi penukar warna
  • Boleh setkan aturan mengikut jenis dan keluasan permukaan di mana tetikus itu digunakan. Jadi korang tak perlu risau jika ruang permukaan tetikus sangat sempit. Dengan ciri 12000 dpi, dengan gerakan 3mm sahaja dah boleh gerak dari hujung kiri ke hujung kanan skrin komputer
Proses menala pergerakan tetikus disesuaikan dengan keluasan dan jenis permukaan
  • Jika korang suka tetikus berwayar, korang boleh je sambungkan Logitech G403 ni dengan wayar USB dan gunakan seperti biasa (sambil tu dia cas sekali)
Sambungkan wayar USB.. tadaa... jadilah tetikus berwayar

Kesimpulannya, Logitech G403 memang berbaloi untuk dimiliki.

Sedang proses...