Senarai skrip dan tools wajib untuk membina laman web

Ditulis oleh Faezil Aidil | Rabu, 02 November 2016



CakePHP

Saya pernah cuba untuk menggunakan framework jenama lain tetapi nampaknya CakePHP jugak yang paling serasi dengan jiwa. Fungsi CakePHP memudahkan saya menulis kod PHP.

Website : http://www.cakephp.org/

Bootstrap

Sebab utama saya suka guna bootstrap adalah membantu saya membina rekaletak laman web dengan lebih mudah dan menarik. Dan apa yang paling penting, laman web kita mudah dibaca di pelbagai peranti tanpa mencacatkan rekaletak laman kita (responsive).

Website : http://www.getbootstrap.com/ 

Facebook Comment/Discus

Menulis sendiri skrip untuk komen sebenarnya tak susah sangat pun. Tetapi integrasi dengan laman sosial paling popular, Facebook menambahkan lagi ciri-ciri lain seperti pemberitahuan apabila ada balas serta fungsi post ke wall Facebook masing-masing.

Website : http://www.disqus.com/

Font Awesome

Memudahkan kita memaparkan pelbagai ikon-ikon menarik berformatkan teks. Ya... kebiasaannya ikon berformatkan gambar (biasanya GIF atau PNG). Format fambar ni kekurangannya dari segi saiz kB dan juga kejelasan gambar. Format teks tetap ringan dan jelas walaupun dibesarkan.

Website : http://www.fontawesome.io/

Less

Membantu menulis kod css dengan lebih mudah dan teratur

Website : http://www.lesscss.org/

Google Font

Menyediakan pelbagai pilihan font yang menarik untuk website kita.

Website : http://fonts.google.com/

Sedang proses...



Inginkan web e-commerce yang lengkap dengan segala fungsi dengan harga yang berpatutan ?

  • Domain .com
  • Boleh masuk 20,000 produk
  • Modul GST. Tak payah pening kepala kira GST
  • Lebih 30 design tersedia. Tak payah pening kepala nak mendesign
  • Drag & Drop Layout Manager. Tak perlu tahu codding untuk mendesign 
  • Review & Rating. Pembeli boleh memberi maklum balas dan rating kepada produk yang mereka beli. Ini boleh menambahkan keyakinan prospek baru
  • Reward Point. Fungsi mata ganjaran untuk pembeli setia.
  • Sistem Affiliate. Dengan adanya sistem affiliate, anda boleh melantik ejen untuk mempromosikan produk anda

 

Amacam, menarik tak ? Apa, tak cukup ? surprisesurprisesurprise

 

  • Integrasikan dengan Lazada,11Street dan lelong. Kat situ ada ramai prospek
  • Integrasi dengan web2ship.com. Tak payah susah pening kepala nak fikir macam mana nak hantar barang kepada pelanggan. Biar web2ship yang buat kerja
  • Integrasi dengan Colectco. Takut kalau masa barang dihantar tiada orang dirumah, hantarkan sahaja ke Colectco.

Sedang proses...

Saya seorang peniaga online. Perlu ke laman web ?

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 19 Ogos 2017



Perlu ke laman web ? Saya guna Facebook dan Instagram pun dah dapat jualan mencanak-canak.

Betul. Sekarang ini dengan kuasa media sosial memang mudah untuk memasarkan sesuatu produk. Tetapi jangan ditinggalkan kuasa laman web kerana ada beberapa kelebihan.

Masukkan segala informasi produk dalam laman web. Ia boleh jadi wakil jurucakap online yang bertugas 24 jam sehari 7 hari seminggu

Tanpa laman web, prospek akan bertanya untuk dapatkan info. Kalau ada 10 orang yang bertanya, 10 kali lah kita kena salin tampal jawapan yang sama. Kalau 100 orang ? Kalau seorang tanya 10 soalan, beribu kali lah kita salin tampal benda yang sama. Andai mereka tidak bertanya pun, setiap kali kita membuat pemasaran, terpaksa salin tampal cerita A hingga Z tentang produk kita.

Jika kita ada laman web, hanya perlu promosikan url laman web anda sahaja dan mungkin disusuli dengan beberapa ayat memikat.

Tapi memang perangai masyarakat kita pemalas nak klik. Tetap akan bertanya walaupun jawapan dah ada dalam laman web. Tak mengapa, jawab je 'mohon klik'.

Malah segala perubahan maklumat dapat dibuat dengan mudah. Hanya kemaskini sahaja di laman web dan prospek akan dapat maklumat terkini. Jika hanya hantar maklumat di laman sosial, dah satu kerja nak kena sunting kemaskini untuk mengelakkan kekeliruan

Pengurusan pesanan menjadi lebih mudah

Setiap kali pesanan yang dibuat secara tradisional, sama ada melalui whatsapp, call atau email, kita perlu mencatat secara manual. Itupun kalau rajin. Tapi rajin tak rajin memang kena catat la.

Jika kita ada laman web, segala pesanan akan tersimpan dalam pangkalan data. Kita hanya perlu menyemak di ruangan pentadbiran sistem laman kita.

Memenuhi keperluan KPDNKK

Hahaha... ini yang paling penting sebenarnya. Kalau tidak memenuhi, tak pasal kena denda puluhan ribu. KPDNKK menggariskan beberapa maklumat yang WAJIB dipaparkan secaa umum. Bukannya kena pm baru dapat.

  • Harga perlu dibayar
  • Nama penjual atau syarikat
  • Nombor Pendaftaran Perniagaan
  • Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
  • Keterangan produk
  • Kaedah pembayaran
  • Terma dan syarat
  • Anggaran masa penghantaran

Kesemua butiran di atas dapat dipenuhi dengan mudah jika kita ada laman web sendiri

Apapun dengan adanya laman web tidak lah bermakna kita menafikan atau mengenepikan laman sosial. Jika kita boleh pilih semua tools, kenapa kita nak pilih-pilih kan ? Sapu je semua.

Sedang proses...

Selepas cuti Merdeka + Raya Haji + Sukan SEA

Ditulis oleh Faezil Aidil | Isnin, 04 September 2017



Esok, selasa 5 April 2017 mula bekerja setelah bercuti panjang (takde la panjang sangat 5 hari je smiley) bermula hari khamis minggu lepas, 31 Ogos (cuti Hari Kebangsaan) bersambung cuti hujung minggu dan ahad, 3 September (cuti ganti Raya Haji yang jatuh pada hari Jumaat), manakala Isnin, 4 September cuti peristiwa sempena kejayaan Malaysia di Sukan Sea baru-baru ni.

Beberapa tugas sudah sedia menunggu. Antaranya menyiapkan beberapa laman web syarikat PIJ Holdings, PIJ Plantation, PPA Bio dan Johor Plant Tech.

Seperti biasa saya akan menggunakan framework CakePHP dan Bootstrap. Fungsi CakePHP untuk memudahkan saya menulis kod aturcara PHP manakala Bootstrap untuk menghasilkan paparan yang responsive.

Untuk design pula, saya gunakan template kegemaran saya iaitu Unify 

Boss saya pernah bertanya, apesal tak pakai wordpress atau joomla je ?

Bukan tak nak pakai, tapi saya akan hadapi beberapa masalah.

Pertama, nak cari design yang sesuai. Bukan sekadar cantik je.. tetapi mestilah sesuai, berciri korporat dan paling penting terkini mengikut zaman. Takkan lah nak design zaman 90an dulu kan.

Apabila guna wordpress atau joomla, kita dah terikat. Contohnya kalau guna wordpress, semestinya kita akan cari templat wordpress. Takkan la templat Joomla nak pakai kat wordpress kan ? Maknanya di situ kita sudah mengehadkan pilihan kita.

Kedua, kita akan terikat dengan fungsi yang hanya ditawarkan oleh wordpress dan joomla semata. Memang tak dinafikan wordpress dan joomla adalah sejenis open source atau sumber terbuka. Sumber terbuka bermaksud, kita boleh nampak dan boleh sunting segala kod di dalamnya. Tapi bukan sesuatu yang mudah. Rakan saya, nak sunting 'read more' pun tak dapat sebab tak jumpa kodnya.

Maka sebab itulah saya memilih untuk menulis kod sendiri dengan bantuan CakePHP. Walaupun tidak sepantas Wordpress dan Joomla tetapi kerja saya lebih mudah kerana saya tahu setiap inci web saya. Nak edit pun senang.

Kepada yang nak belajar buat website, insyaallah saya akan kongsi tips-tips di blog ini pada masa akan datang (tips lah sangatcheeky).

 

Sedang proses...

Apa itu domain dan hosting ?

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 09 September 2017



Ramai orang terkeliru dan sering tertukar antara domain dan hostingDi sini saya akan terangkan apa itu domain dan hosting dan perbezaannya.

Apa itu domain ?

Jika sesebuah laman web diandaikan seperti sebuah perniagaan, domain umpama nama perniagaan. Jika nama perniagaan perlu didaftar di SSM, domain pula perlu didaftar melalui pendaftar domain (domain registrar).

Sama seperti nama perniagaan, nama domain tidak boleh sama dengan orang lain. Contoh domain adalah faezil.com.my, google.com, facebook.com dll

.com, .net, .gov dipanggil top level domain(tld).

Apa itu hosting ?

Hosting adalah tempat di mana semua data semua fail yang berkaitan dengan website korang tersimpan. Ibaratnya seperti gudang, premis atau kedai sesebuah perniagaan.

Pemilihan hosting amat penting bergantung kepada penggunaan website korang.

Sama seperti kedai...ada hosting yang bersaiz besar, boleh muat sehingga 100GB fail... dan ada yang sekecil 600MB sahaja. 

Korang boleh sewa hosting... bayar bulanan atau tahunan... atau korang boleh beli sendiri server. Adalah lebih baik korang sewa je la... walaupun kena bayar setiap tahun sepanjang masa, tetapi kos yang dikeluarkan dalam satu masa lebih kecil. Berbanding nak beli server sendiri, kosnya sangat tinggi. Kalau takde duit 6 angka lupakan je la

Kat mana boleh dapatkan domain & hosting ?

Terdapat banyak penyedia hosting di Malaysia. Yang paling popular dah tentu lah Exabytes. Selain Exabytes, korang boleh langgan di DataKL, NetKL, Shinjiru, ServerFreak dll

Kalau luar negara lagi banyak pilihan seperti BlueHost, HostGator, JustHost, iPage dll

Kebanyakan penyedia hosting juga menawarkan domain percuma (percuma selama mana korang langgan hosting mereka). 

Beli domain dan hosting di tempat sama atau berbeza ?

Korang boleh pilih sama ada nak beli asing2 atau beli sebagai satu pakej (domain+ hosting).

Terpulang kepada keselesaan korang nak pilih mana. Masing2 ada baik buruknya.

Jika beli tempat sama, beli sebagai satu pakej, kelebihannya bayar pun setempat. Tak payah pening-pening nak setup domain. Hanya tinggal pakai je. Kekurangannya akan ada masalah bila korang nak pindah syarikat hosting lain. Berkemungkinan tak boleh pindah domain sekali. Sebab domain itu diberi kepada korang atas sebab korang langgan hosting dengan mereka. So, bila dah tak langgan, tak dapat la domain tu.

Jika beli asing-asing, kelebihannya kita boleh memilih harga domain yang termurah dan pakek hosting yang  memenuhi citarasa kita. Contohnya, syarikat A jual domain paling murah di pasaran. Manakala syarikat B jual pakej hosting yang memenuhi citarasa kita. So kita boleh beli domain di syarikat A dan hosting di syarikat B. Kekurangannya, kita kena setup sendiri domain tu di hosting kita (ia dipanggil propagate). Tak susah sebenarnya. Hanya perlu isikan name server je. Tapi bila berlaku tembak masalah troubleshoot, kadang2 pening kepala

Sedang proses...

Memasang Wordpress

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 09 September 2017



Selain , kita juga boleh menggunakan Wordpress untuk membina blog.

Tapi sebelum itu, korang mestilah sudah ada siap-siap domain dan hosting.

Terdapat 2 cara untuk memasang Wordpress.. secara manual dengan cara muat turun skrip Wordpress dan muat naik ke server web kita.. atau menggunakan Softaculous.

Di sini saya akan terangkan cara paling mudah iaitu menggunakan Softaculous.

Mula-mula sekali, login cPanel hosting korang.

Cari Softaculous Apps Installer

Dah jumpa ? OK.. klik

Lalu terpaparlah page Softaculous. Cuba korang lihat bahagian kiri. Ada 24 jenis website yang boleh korang create. Setiap satu jenis tu ada berpuluh jenis skrip

Klik Blogs dan kemudian klik Wordpress.

Klik Install Now.

Isi form tersebut

  • Choose Protocol - Pilih ikut kesesuaian blog korang. Kalau tak tahu nak pilih mana, pilih je http://www
  • Choose Domain - Pilih domain yang nak pakai wordpress. Kalau nak pakai sub domain, pilih sub domain yang berkenaan
  • In Directory - Kosongkan. Kalau ada tertulis apa2 kat situ pun sila padam.
  • Site Name - Nama blog korang. Contohnya, blog saya bernama Apabla Faezil Menulis. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Site Description - Butiran ringkas mengenai blog korang. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Enable Multisite (WPMU) - Abaikan. Ni kalau nak buat satu Wordpress ada banyak blog.
  • Admin Username - Masukkan nama username korang untuk login sebagai admin.
  • Admin Password - Password untuk login sebagai admin. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.
  • Admin Email - Masukkan alamat email korang. Bahagian ini boleh ditukar kemudian hari.

Yang lelain tu boleh abaikan je... Ohh satu lagi.. kat bawah sekali tu ada beberapa template menarik. Korang pilih lah template mana korang nak dan klik Select

Klik button Install

Tunggu beberapa saat (bergantung kepada kelajuan Internet)...... dan siap.. hurreyyy 

Sedang proses...

Apa yang anda dapat apabila melanggan web hosting ?

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 09 September 2017



Secara amnya, terdapat 2 jenis web hosting. Hosting yang menggunakan server linux dan server windows.

Di sini saya akan fokus server yang menggunakan linux. Tak pernah guna linux ? Hahaha.. jangan risau. Kita tak perlu mengadap pun linux tu

Web hosting berasaskan server linux pula menggunakan pelbagai jenis control panel. Di sini saya akan fokus web hosting yang menggunakan cPanel

Sebaik sahaja kita melanggan web hosting, pihak penyedia akan emailkan segala butiran yang berkaitan dengan akaun kita.

Kebiasaannya emailnya panjang berjela dan agak teknikal. Cetak dan simpan di tempat yang paling selamat.

Ada banyak butiran penting dalam email tersebut.

Apa yang paling penting untuk kita sebagai pelanggan ketahui adalah username dan password untuk cPanel.

Screenshot muka depan cPanel

Kalau penjual tempat kita beli hosting tu tak bagi, mintak dengan mereka sampai mereka bagi. Kalau tak bagi jugak, mintak refund dan cari penjual lain.

Selain username dan password... kita juga akan diberikan 2 pautan penting... pautan untuk login ke cPanel dan pautan untuk login ke email

Kebiasaannya, pautannya adalah seperti berikut :

  • Login ke cPanel : http://namadomainanda.com/cpanel
  • Login ke email : http://namadomainanda.com/webmail

Ada kemungkinan URLnya berbeza seperti di atas. Yang penting kita kena tahu kat mana nak login cPanel dan email.

Username cPanel juga boleh digunakan untuk akses capai segala fail-fail korang dalam hosting. Dengan kata laluan yang sama, korang boleh muat naik, muat turun, sunting dan padam fail-fail dalam hosting. Ini lah sebab utama kenapa saya amat-amat menggalakkan... bahkan sebenarnya memaksa korang seboleh-bolehnya dapatkan username dan password cPanel.

Saya akan terangkan di posting hantaran akan datang cara bagaimana nak menambah, memadam, menyunting fail di dalam hosting.

Sedang proses...

Favicon oh Favicon

Ditulis oleh Faezil Aidil | Sabtu, 09 September 2017



Favicon atau nama penuhnya Favorite Icon atau kalau ikut DBP ikon kegemaran (bukan dato siti) merupakan satu fail imej yang mewakili sesuatu website, digunakan shortcut icon, tab icon atau bookmark icon.

Contoh Favicon

Terdapat banyak cara untuk mencipta ikon kegemaran favicon. 

Perlu diketahui favicon ini akan digunakan di banyak tempat, di banyak peranti (device) terutama peranti mudah alih. Dan setiap peranti ada aturan tersendiri.

Cara paling mudah, ringkas, tepat dan padat, saya guna realfavicongenerator.net

Paparan laman realfavicongenerator.net
  • Mula-mula sediakan gambar (yang nak dijadikan favicon) dengan saiz 70px x 70px berformat jpg atau png. Untuk hasil yang lebih menakjubkan, gunakan saiz 260px x 260px ke atas. Lagi besar lagi bagus tapi jangan la besar sangat. Takut semput masa muat naik nanti. Kecuali la kalau Internet korang kelajuan mcm ferrari.
  • Buka website realfavicongenerator.net , klik Select your Favicon picture.
  • Tunggu sehingga habis muat naik.
  • Akan keluar page untuk setup pelbagai peranti. Boleh abaikan je. Terus skrol ke bawah
Pilihan aturan untuk favicon
  • Klik Generate you Favicons and HTML code. Tunggu sehingga habis proses
Favicon berjaya dicipta
  • Klik Favicon package untuk muat turun favicon yang telah dijana.
  • Salin kod yang di dalam kotak hitam dan tampal di ruang <head> di HTML website anda
  • Muat naik favicon yang korang muat turun tadi ke hosting website anda. Muat naik di folder utama (public_html).

Siap..... refresh website anda dan favicon yang korang buat tadi muncul....hurreyyy hurrey

 

Sedang proses...

Galeri gambar dan sitemap

Ditulis oleh Faezil Aidil | Isnin, 12 Disember 2016



Alhamdulillah berjaya jua siapkan ruangan galeri gambar dan sitemap smiley.

Secara teknikalnya, ruangan galeri tidak lah sesukar mana sebab tak melibatkan sistem yang kompleks. Hanya guna gambar sedia ada dalam server dan papar mengikut kategori album.

Mungkin ada yang tertanya, kenapa tak pakai instagram je ?

Pertama... saya suka kebebasan. Saya tidak perlu terikat dengan reka letak dan antaramuka sedia ada Instagram.

Kedua.. ya.. memang terdapat API yang menghubungkan sistem kita dengan instagram. Tapi rasanya lebih mudah jika menggunakan gambar-gambar sedia ada dalam website ini. Hanya pakai gambar yang telah digunakan dalam blog post.

Tapi tak tahu la kan.. kot akan datang terbukak hati nak implimen instagram dalam web ni.

Salah satu contoh screenshot galeri di bawah :

Siap ada ruangan komen album

Sitemap pulak diperlukan untuk Google mengenali website kita dengan lebih jelas. Seperti namanya, ia berfungsi seperti peta untuk Google bergerak dalam web kita.

Memandangkan saya masih baru lagi dalam CakePHP versi 3 ni, saya tak menjumpai tutorial membina sitemap yang lengkap dan mudah difahami.

Mujur akhirnya saya jumpa satu, yang menyediakan sitemap dalam bentuk plugin. Tapi konfigurasinya boleh tahan sukar jugak la. Macam-macam ralat keluar.

Sedang proses...